Saturday, November 21, 2009

Aku sedih

15 tahun lalu, ketika pertama kali aku merenung wajah mu, ayer mata ku berlinangan. Aku menangis kerana terlalu gembira dianugerahkan seorang puteri yang sihat dan chomel. Engkau lah segala gala nya.

Hari demi hari, engkau membesar di depan mata ku. Engkau bertambah cantek dan pandai begaya.

Tadi, aku menangis lagi.... menangis kerana terlalu sedih melihat kemarahan dan kebencian di wajah mu dan kata kata kesat yang kau lemparkan kepada ayah mu. Ingat lah sayang, tanpa beliau kau takkan berada di muka bumi ini. Dan tanpa keringat beliau, kau takkan dapat miliki apa yang kau miliki sekarang. Ya Allah....bimbingi lah puteri ku.

Aku merenung wajah mu lagi. Dalam tangisan, aku mengimbas kenangan lama bersama mu dulu. Aku terkenang sewaktu kau baru mula bertateh. Waktu kau baru tahu berjalan sendiri, waktu kau kumandikan di bath tub, waktu kau ku sikatkan rambut sebelum kesekolah, waktu kau membaca buku "Rapunzel". Setiap petang, kau akan berlari kegembiraan kepintu untuk meyambut kami pulang dari kerja. Melihat kegirangan di wajah mu, segala kepenatan yang kami rasai terus hilang. Engkau lah penghibur kami. Ya Allah... aku tidak pernah menjangkakan, yang suatu hari nanti, anak comel yang kami sayangi, sanggup menyakiti hati kami dengan kata kata kesat. Aku teramat sedih.... hati ku remuk.... kasih sayang yang dicurahkan dibalas dengan kebencian yang mendalam. Ya Allah....kenapa ini semua terjadi?

20-November 2009, 22.10 hrs.

No comments:

Post a Comment