Thursday, March 22, 2012

Bapak - Draft

Aku terkenang kan arwah bapak. Entah kenapa aku asyik terbayang kan wajah arwah seminggu dua ni..dah ku kirim kan AlFatihah dan Yassin kepada beliau. Tapi aku masih terpandang pandang kan wajah nya....

Semalam aku keluarkan barang2 milik beliau yang aku bungkus dan simpan dibawah katil. Hati ni terasa rindu sekali ... aku mengharap rinduku boleh terubat bila menyentuh barang2 tu, tapi malangnya, aku terlalu sebak dan terus menangis seorang diri di bilik arwah dulu. "Pak.... orang selalu teringatkan bapak, orang sedih pak" ... :(

Aku lihat banyak buku-buku nota yang bapak simpan. Ku tahu beliau memang suka menulis. Beliau akan mancatit apa saja yang berlaku pada waktu hidup nya dulu, tak kira apa-apa lah. Salah satu buku tu, aku lihat ada guest list untuk perkahwinan abang sulung ku. Abang Aim bersanding pada April 1974. Bapak tulis nama-nama orang yang akan dijemput. Bukan itu saja, beliau juga catit perbelanja'an majlis persandingan tu. Harga beras, harga daging, harga kendarat & hadrah dan banyak lagi lah.

Bapak pergi pada 28 August 2006. Sepuluh bulan setelah emak pergi.

Tuesday, March 20, 2012

Thursday, March 15, 2012

Warzone in FB...

Hari ni, kampung laman FB tak berapa ceria. Terlalu banyak cemuhan, kutukan dan kata-kata nista yang dilemparkan kepada seorang hamba Allah ni. Kata-kata keji ini berlarutan hingga tak terkawal kerana ramai yang masuk gelanggang, seolah olah macam sedap gitu bermaki-makian. Aku rasa tak semua pencemuh tu kenal siapa hamba Allah yang malang ni, tetapi mereka sengaja nak menyimbah minyak di api yang sedang membara. Walaupun hamba Allah ini bersalah, janganlah bermaki hamun sedemikian rupa. Kata-kata kesat yang dilemparkan pada beliau adalah tidak adil. It's too much... :(( Kasihani lah dier....

Tadi selepas solat asar, aku panjatkan doa untuk hamba Allah ini, semoga dia sabar dan tenang dengan cemuhan yang datang bertubi tubi ni. Dan tak lupa juga pada semua 'pencemuh' dan 'pemaki', agar cepat sedar dan kesal atas kebiadapan mereka. Dear friend, you are not getting younger, and to showcase your anger publicly is not cool at all.


Yang menyedihkan.... both are my friends, 'Pencemuh" dan "Yang dicemuh".