Terasa hening di akhir-akhir malam Ramadhan ni... kesayuan menusuk kehati ku, terasa kesunyian dan kesyahduan. Syawal pasti muncul… Ya, syawal yang pastinya diiringi degan airmata….. Benar, syawal bulan meraihkan kemenangan setelah kita berperang dengan segala ujian dan dugaan semasa Ramadhan…. Namun dalam kemenangan yang diraih itu, aku tetap akan kalah dengan emosi… Ini adalah Syawal ke-empat aku lalui tanpa orang tua ku. Setiap tiba Syawal, hati ku terasa begitu sedih sekali mengenang kan emak dan bapak yang telah pergi.
Emak pergi pada 6 Syawal (8-Nov 2005). Bapak pula menyusul 10 bulan kemudian, pada 28-Aug 2006. Syawal pada tahun itu adalah yang paling sedih sekali kerana ia adalah Syawal pertama tanpa mereka berdua. Sa'at-sa'at akhir Ramadhan dan hingga kepagi Syawal, aku diselubungi kesedihan yang teramat. Bayangan mereka sentiasa berligar di mata ku. Setiap ruang dirumah mengingatkan aku pada mereka. Selalu nya, Bapak akan duduk bersila didepan pintu menganyam ketupat. Setelah habis menganyam, mereka akan sama-sama mengisi beras kedalam nya. Kemudian, Bapak akan duduk di bangku di luar rumah untuk menjaga ketupat yang sedang direbus. Emak pula sibuk betul di dapur bersama ku memasak juadah Raya untuk anak cucu yang akan berkunjung nanti. Suasana pada waktu itu sungguh meriah sekali lebih-lebih lagi dengan berkumandang nya lagu Raya di radio. Emak akan pastikan yang juadah dan ketupat mesti siap tersaji sebelum waktu berbuka supaya kita sama-sama dapat merasa nya dulu. Ini lah sa'at yang paling dinanti-nantikan. Setelah selesai berbuka, Bapak akan bertakbir & bertahmid. Sungguh syahdu sekali…..
Sekarang… tiada lagi ketupat, tiada lagi dapur angklu, tiada lagi ngomelan emak. Aku sangat-sangat merindui mereka. Tidak akan ada perumpamaan dan juga ucapan yang dapat disamaertikan dengan sebuah kerinduan itu... Akan ku semadikan kenangan manis ini didalam sanubari hingga ke akhir hayat ku.
Ya Allah, terimalah segala amalan mereka, ampunkanlah segala dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka disisi orang-orang yang beramal solih...Amin…
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semua kenalan.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Kalau ada terkasar bahasa, terguris hati ... ampun maaf di pinta.